Cikgu Sekolah Tadika Mesra Senarai_watak_Upin_&_Ipin

Cikgu Jasmin

Cikgu Jasmin Binti Haniff (Jasmin Ally) ialah guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di tadika, sehingga episod "Terima Kasih Cikgu" di musim keenam apabila dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk sambung belajar di Universiti.

Cikgu Melati

Cikgu Melati (Aliya Nazlan) yang menggantikan Cikgu Jasmin dan sempat mengajar murid murid menggunakan Tablet sekolah.

Cikgu Besar

Guru besar Tadika Mesra walaupun garang, tetapi prihatin dengan murid-murid tadika. Kemunculan pertamanya dalam episod musim kelima, "Garang ke Sayang".

Cikgu Tiger(Abang Tiger)

Cikgu yang mengajar kelas Aman. Dia dapat mengangkat 3 orang murid dengan menggunakan 1 tangan kerana dia seorang yang rajin bersukan.